POLIKLINIK PENAWAR

pusat perubatan keluarga anda..

Info Kesihatan

Perbandingan Diet Penurunan Berat Badan

Posted on December 17, 2009 at 10:04 PM

Masih terdapat persoalan samada diet untuk mengurangkan berat badan harus menumpu kepada menghadkan pengambilan karbohidrat atau lemak, dan apakah kandungan optima karbohidrat, lemak dan protein?


Kini satu kajian mendapati bahawa pengurangan berat badan bergantung hanya kepada jumlah kalori yang diambil, tanpa mengira jenis diet tersebut.


Seramai 811 orang yang mengalami masalah berlebihan berat badan dibahagikan kepada 4 kumpulan diet yang berbeza:

                (i) rendah lemak, normal protein (20% lemak, 15% protein, 65% karbohidrat)

                (ii) rendah lemak, tinggi protein (20%, 25%, 55%)

                (iii) tinggi lemak, normal protein (40%, 15%,45%), dan

                (iv) tinggi lemak, tinggi protein (40%, 25%, 35%)


Setiap diet tersebut mengandungi jumlah kalori yang kekurangan sebanyak 750kcal bagi setiap individu. Selepas 6 bulan dan selepas dua tahun, didapati pengurangan berat badan adalah sama secara purata bagi setiap kumpulan tersebut.


Maka, pengurangan berat badan bergantung kepada jumlah pengurangan kalori yang diambil. Diet yang mengandungi jumlah kalori yang sama akan memberikan keputusan yang sama. (NEJM2009;360;859-873)

 


Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments

Share on Facebook

Share on Facebook

Quote of the Day

Quote of the Day

Realtime Clock

Webs Counter